Pages

Saturday 17 January 2009

Platinum, yellow gold, white gold atau silver?

Salaam Alaik

Kenapa perempuan suka benda bling-bling eh? Aku selalu fikir pasal ni dan aku tak dapat nak cari jawapan. Ayah kata aku belum sampai masa lagi. Nanti satu hari aku pun akan suka benda bling-bling. Entahlah. Kita lihatlah nanti sama ada ramalan seorang Ramalan itu benar atau tidak. Personally, aku lebih suka gadgets. Seronok . Barang yang mahal lagi aku suka tengok. Yelah, bukannya aku mampu nak dapat semua tu. Jadi, berangan pun a kind of self-satisfaction lah kan?

£12.4K for the most expensive mouse. Gila la. Malam-malam tidur peluk mouse ni mesti bahaya. Takpun mimpi ngeri ada orang nak bunuh sebab nak curi mouse ni.


Pakailah. Janji ingat letak kat mana lepas pakai. Jangan sepah-sepah sudah.



Teringin nak buat telefon sendiri macam ni. Glitter sana sini. Macam seronok nampaknya tapi aku segan nak keluarkan depan khalayak ramai pastinya.

Tapi apa yang aku pasti , perempuan suka mencantikkan diri. Lelaki zaman sekarang pun. Meterosexual kata mereka. Aku rasa memang lumrah untuk perempuan nak rasa diri cantik. Tipulah kalau ada yang kata " Takdelah. Saya tak mahu diri saya cantik." Er..Mungkin ada sebab takut jadi bahan fitnah tapi mesti sedikit sangat golongan macam ini. Macam waktu zaman dulu-dulu, ada yang sanggup butakan mata sebab nak elakkan fitnah. Mungkin ada juga yang kata,"Takdelah. Saya memang cantik. Jadi tak perlu nak cantikkan diri." Tahap keyakinan diri mereka mesti tinggi bila ambil ujian personaliti. Janji make-up dia tak tebal berinci-inci sebab aku rasa kalau dah cantik tak payahlah ada make-up. Ada orang kata perempuan takde make-up lagi cun. Wallahua'lam. Yelah, bak kata omputih, beauty lies in the eyes of the beholder.

Yang aku tengok, ada yang make-up lagi cantik, ada yang make-up lagi tak cantik. Terpulang pada skill kot. Entah.


Budak-budak make-up pun jadi cantik.


Ini betul cantik sebab disolek ke.. sebab ada orang photoshopkan gamba ni eh?



OK kot.

Yang pasti, bila aku tunang atau kahwin, aku memang nak sesuatu yang bling-bling. =D

Sekian.

p/s : terima kasih kepada model-model sebab sudi memberi penampilan istimewa di sini walaupun nama-nama anda tidak dapat dikenal pasti. Thank you.