Pages

Tuesday, 16 March 2010

Esok ada tuto. Kalau ponteng tuto kena marah tak?


Salaam Alaik

Jadi seperti mana yang kita semua tahulah kan, hari ni hari cuti kat sini. Ada tahun baru katanya. Ugadi ke amende tah nama dia. Ceklah sendiri kat wikipedia. Malas nak amek tahu. Semalam budak-budak ni ajak pergi bersuka-ria. Yelah, kat sini mana ada shopping mall nak lepak2 . Jadi , ada satu amusement park dekat-dekat rumah kitorang. GRS waterpark. So, hari ni dengan bangun lambatnya dan disajikan makan pagi yang gemuk iaitu pancake yang sedap dari jiran sebelah dan dengan tak mandi paginya (ok fine, yang tak mandi tu aku seorang je maybe) bersiap-siaplah kitorang pergi GRS naik auto.

Kitorang (yang perempuan dan bertudung) tak plan nak mandi. Nak mandi OK saje.. tapi mengenangkan bergelumang dalam air yang direndam bersama-sama nenek2 dan makcik2 pakai sari/salwar/etc, maka lupakanlah saje hajat tersebut. Memandangkan ni amusement cum waterpark, jadi kitorg decide nak tengok2 jalan2 amek angin sambil meng-amuse-kan diri je lah.
Kagum nya la kan dorang ni, boleh mandi pakai sari, pakai salwar dengan dupatta.. nak mandi, mandi je lah, tak perlu kot dupatta tu. Kan ke menyibuk je nak naik ride2 tu tapi taaak, dupatta masih bertahan di sisi. Agaknya macam kita punya tudunglah... kot.

Ferris Wheel de gila laju. Maybe tak leh lawan yang kat fun fair yang dorang kata tu. Maiso ada fun fair.. Fuyooo.. Tapi, cukuplah buat pening kepala nak muntah2. Nak naik Merry Go Round tapi sayangnya untuk kanak-kanak 10 tahun ke bawah. Itu pun super laju jugak. Pastu tadek lagu2 accompany kuda tu pusing2. Dengar bunyi gedek2 macam mesin lama nak rosak je. Lagi satu benda pelik kat sini, monumen2 ke ..patung2 de?, semua sangat disturbing. Meh la datang sini tengok sendiri. Sumpah tak paham apa maksud tersirat di sebalik patung2 tu. Tapi sebab banyak sgt benda pelik dan tadek kamera best, kitorang tak amek gamba sangat.

Orang2 tempatan ni pun sangat bising ok. Kitorang masukla satu tempat ni, Dragon's Den nama de, dengan budak2 India dari sini. Mak ai kau, bisingnyaa. Tak sempat start amende pun adek-adek oi, tak payah jerit2. Rasa nak sumbat2 je tshirt basah kat dalam mulut dorang. Tapi tak pelah, kitorang ni Alien ( bak kata constitution dorang), haruslah beralah. Tapi all in all, it was a fun day despite having dizziness due to naik apemende tah yang pusing2 tu sampai dua kali. Haha. Yeah, terima kasih jua pada mereka yang masak2 malam ni. Sedap*2 thumbs up* Maka, boleh masak lagi.

Pakcik Red India besaaaaa... ada tanduk. lubang hidung pun besar.

Kononnya dalam shoe house. Tapi yang rumah kasut ni, terbalik. Kretip sikit.

Itulah budak2 Malaysia yang berani bermandi-manda. Kata nak blend in kaaaan? Huha.

Macam excited lah.

Ferris wheel. Nampak dari jauh, tenang aman dan damai. Tapi realitinya pusing laju sungguh.

One of many patung yang ada. Pervert. Buatlah beruk muda.

Muka pening semua orang. Sipi-sipi nak muntah pun ada.

[gamba cilok tapi lebih kurang je situasi tadi]Ini namanya, Aqua Dance. Orang2 kat sini suka menari reramai. Macam Joget Lambak ke eh? Yang ni, de pasang muzik kuat2 pastu pancut2 air kat tengah. Pun boleh jadi daya tarikan.

[gamba cilok]Ini nama de..erm..lupa. Tapi ni lah yang naik sampai dua kali sebab angin sepoi2 menampar muka sangat syok. sampai sekarang pening masih tak hilang. padan muka.

[gamba cilok]Music Bob. Nama je ada musik. tapi tak dengar pun musik nya. Kalau jadi orang pertama naik benda ni, de pusing sangat lama sampai dah terdiam tak larat nak kata pape baru de nak stop. Tersiksa sementara.

Jadi, menarik kan Maiso?

Okeh all. Tata