Pages

Sunday, 5 July 2009

You are a light bulb, says Dad.

And sometimes, we can never agree to say that you are not.

Salaam Alaik

Hari ini Enam Julai. Hari ini hari jadi dia. Hari ini dia sudah mencapai umur dua puluh satu tahun. Dah boleh mengundi dah. Kahwin pun boleh dah. Yelah, Ayah dulu-dulu kahwin umur dua puluh dua. Setahun je lagi. Cun sangatlah tu. Tahun depan, dia akan tamatkan pembelajaran di negara asing. Ala.. takkan tak tahu, negara asing yang dahulunya menjadi tempat banduan-banduan dicampakkan. Entah kenapa ramai orang bangga dan mengaku ada saudara bermastautin di sana. Haha. Bunyi jeles di situ.

Entah macam mana keadaan dia agaknya. Kata dia, badan semakin sihat. Tak.. tak.. bukan sihat yang mengembang ke kiri dan ke kanan tu tapi sihat dengan menambah jisim otot-otot. Baguslah tu. Kalau tak, sia-sia pakej percuma yang ditanggung pihak universiti.

Entah bila kita boleh jumpa. Tak lama dah tinggal di Malaysia ni. Beberapa hari je lagi. Nanti akan pergi ke tanah asing juga tapi warna kulit dan cuaca di sana mungkin tak beberapa asing. Haha. Hish. Bunyi seperti racist pula. Tapi tahun depan, dia mungkin akan berkerja dan bergaji. Maka, bolehlah datang melawat.

Jadi, hari ini hari istimewa dia. Yelah, bukan hari-hari kita dapat sambut hari kelahiran diri sendiri. Agaknya tahun ni dapat hadiah apa pulak ye? Nak tahu apa yang dia dapat dari saya? Nak? Nak?

Mengikut jawapan standard dari bapa kami, KASIH SAYANG. Jadi, ambillah kasih sayang ni.


Kata dia, Inilah pose seorang model handalan di hadapan kamera.

*berangan*

Yo sis, if you are reading, know that I love you to bits. No hard feelings eh? Hehehehehehe. Happy birthday, love!