Pages

Sunday, 21 December 2008

Berfikiran positif ubat untuk diri

Salaam Alaik

Saya fikir saya perlu untuk update blog ini tapi apakan daya tiada cerita yang menarik untuk dikongsi. Hidup saya buat masa ini hanyalah bermalas-malasan. Hendak keluar berjalan-jalan. Malas. Membantu ayah bekerja. Malas. Mengecat almari baju. Malas. Berniat kuat untuk membantu ibu. Malas. Ini semua akibat godaan si Syaitoon durjana. Nyah kau dari sini!! Saya mahu bersikap rajin. Mahu bangun awal pagi. Tidak tidur selepas Subuh. Melipat kain yang menggunung. Menyidai dan mengangkat kain tanpa disuruh ibu. Bersenda gurau bersama adik dengan damai. Menyiapkan tugasan yang diberi Ayah. Tidak mensia-siakan waktu siang dengan tidur yang berlebih-lebihan. Terlalu berlebih-lebihan. Melambai-lambai dan memberi kata-kata semangat kepada mereka yang keluar awal pagi untuk berkerja. Tapi Syaitoon... Kau jahat. Kau bersenggayut pada mata aku supaya aku terus lena. Kau jahat. Kau pasakkan pada fikiran aku 30 minit itu sekejap sehingga aku melambat-lambatkan kerja yang sepatutnya aku lakukan dan pekerjaan tergendala ke hari-hari esok. Kau memang jahat.Kau bisik pada telinga aku "Kejap lagi la sidai kain. Kejap lagi la jerang air. Kejap lagi la. Kejap lagi la."

Tapikan syaitoon.. aku tahu sebenarnya bukan kau saje yang patut aku salahkan. Diri aku pun.

Ehem...

Nasib baik saya sedar diri lagi.

Heh..

Saya makhluk yang hebat kan? Hebat memberi alasan. Hebat mencari alasan. Hebat menyalahkan makhluk lain untuk mengadakan sesebuah alasan. *tapi syaitoon memang suka mengacau hidup. Sunnatullah sebenarnya.

Saya mahu berubah! Malam ini, saya akan cuba untuk tidur awal dan bangun awal untuk keesokan harinya. Malam ini, akan saya tanamkan niat untuk melakukan kerja-kerja yang banyak tergendala. Separuh daripada kerja-kerja tersebut pun, jadilah. Malam ini, saya tidak akan melayari website ini dan ini.*tidak-tidak.bukan niat saya untuk mempromosikan laman-laman web ini.

Mungkinkah ini angan-angan saya yang bakal menjadi kenyataan? Atau azam yang tidak kesampaian untuk bulan terakhir tahun ini dan akan dianjakkan menjadi azam tahun hadapan?

Ya Tuhan, semoga saya tabah menghadapi godaan syaitan!


Gambar ini sekadar hiasan buat penyeri hari mereka yang bosan.

Papai~

p/s: Selamat hari jadi buat Izzati Nadzrin. Semoga pertambahan umur seiring dengan pertambahan berat badan serta kematangan fikiran. Semoga dirahmati dan dimurahkan rezeki selalu. Saya amat berharap dia melompat-lompat dan bertandang ke blog saya.

p/p/s: Buat kakak pertama, email kamu kepada ayah telah saya baca. Ayah bertanya adakah ada udang di sebalik mee ataupun tulus dari hati?*mungkin kerana timing yang kurang bersesuaian. Telah saya jawabkan, itu datang dari hati kamu yang ikhlas mengingati Ayah yang penat bekerja demi keluarga tercinta. Sungguh, adikmu baikkan? Maka, sila ingat pada beliau ketika bercuti. Muehehehe.