Pages

Friday, 21 March 2008

Ini tiada kena mengena dengan band Hujan

Bismillah

Ini merupakan cubaan saya ingin menulis dalam Bahasa Melayu. Saya tidak hebat berbahasa. Tetapi saya teringin. Teringin dan kepingin untuk menulis dalam bahasa yang pelbagai. Mungkin apabila saya fasih berbahasa Kannada atau Hindi atau Tamil, saya akan cuba untuk menulis dalam bahasa tersebut. Ehehehe..

Hari ini kerap kali hujan. Hujan lebat disertai kilat dan petir. Telah beberapa kali saya menutup komputer, mencabutkan plag kerana ditakuti berlaku lintar pintas. Habis jahanam komputer nanti. Ibu cukup risau jika komputer riba yang satu ini rosak. Jika rosak, maka habislah komunikasi beliau dengan dunia luar. Kasihan juga saya pada Ibu kadang kala.


Saya amat suka apabila hujan. Saya suka suasana ketika dan selepas hujan. Saya suka bau hujan. Ramai orang mengaitkan hujan dengan kesedihan. Tapi, hujan membawa rahmat, bukan? Kita patut berterima kasih kepada Tuhan kerana menurunkan rahmat kepada kita. Disebabkan itu saya suka pada hujan.

Tidur semasa hujan merupakan satu nikmat yang tidak terhingga. Tidur dengan kehangatan selimut. Saya jarang menggunakan selimut ketika tidur. Maklumlah, bilik saya tidak berpendingin hawa. Setakat kipas yang dipasang sehingga maksimum. Tambahan pula, negara kita beriklim khatulistiwa. Jarang sekali saya terasa sejuk.

Ketika megulangkaji pelajaran di Bilik Ulangkaji pada zaman sekolah dulu, seringkali saya dimarahi kerana kipas dipasang sehingga maksimum apabila semua orang terasa sejuk. Rakan-rakan memanggil saya "memerang". Saya pun tidak tahu apa kaitan memerang dengan keadaan saya ,yang memang jarang terasa sejuk.

Hujan kembali. Petir dan kilat mengiringi. Saya perlu menutup komputer.Kasihan Ibu jika komputer rosak. Sekian

Wassalam.

p/s: Haha.. I have to laugh at my attempt to write. It reminds me of the biawak komodo thingy. Anyhow, it is fun. should do this more often.